loveyou **Mr Arrogant** />

OWNER



Home Queen Linkies Stuff

Hello there! First of all, I wanna thank you so much for spending your precious time on my blog.

SAY HI !





ANDAI ITU TAKDIRNYA karya SITI R0SMIZAH~

Aku seorg yg sukar mengalirkan air mata, kalah juga bila membaca novel nie. Plot yg di garap cukup menarik dari mula hingga akhir muka surat tak meleret dan tak melalut. Buku yang ditulis oleh seorg peguam menjadikan ia lebih realistik. Nyata dan hidup di antara kita. Nyatalah ia kesabaran suatu keindahan. 
SIN0PSIS=

Aleya, seorang gadis cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorg anak tokoh korporat yg juga rakan sekuliah di universiti di united Kingdom. Syed Adam Aizril  berwajah tampan, berwatak playboy hidup dalam kemewahan dan berketurunan Syed menjadikan dia seorg yang terlalu ego dan sombong. Mentaliti yg mementingkan darjat dan kedudukan menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.
         Insiden di UK menjeratkan hidup di Leya hingga ke tanah air.
“Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskin tapi Leya juga ada maruah diri.”
        Terjadi lagi suatu perkara yang menyatukan mereka. Menambah lagi kebencian Syed aizril pada aleya. Air mataku berjuraian laju bila malam pertama aleya dia dipukul dan akhirnya terlena di tepi pintu bilik air kerana semua adalah milik Syed aizril kecuali tepi bilik air itu yang tiada permaidani. Aleya di layan begitu hina. Syed Aizril merogol Aleya dan dibuang ditepi jalan.

“Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak2 saya juga telah menjadi yatim sebelum masanya”
Aleya melahirkan anak kembar. Tapi seorang meninggal.

Kuasa cinta tiada yang menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati muncul syarifah Emilin Sepupu syed Aizril membuat onar.
“you dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah I akan pastikan hidup you musnah… musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I janji Zril. I janji”
Namun adakalanya cinta mereka teruji . Keegoan seorang lelaki Syed Aizril melakukan kekhilafan yg merugikan dan hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.
Aleya terluka untuk kedua kalinya tetapi kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri.
Syed Azril “ andai Leya mengidap kanser dan akan mati esok hari takkan merubah keputusan aku untuk menikah dgn Emilin.”
“Selama aku meniti liku-liku ked\hidupan yang penuh onak dan duri, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdirNya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.”



*Dari mula baca aku menangis dan menangis.. akhirnya…. Sedikit senyum manis terukir dibibir.






























   

Labels: